RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Kek Agar - Agar



Resepi yang kami kongsikan ini adalah resepi yang agak menarik.. Cik Bee ambik daripada Tot Bake & Design. Juadah ini sangat sesuai dijadikan dessert ketika berbuka.. dan untuk membuatnya, boleh dikatakan mudah dan ringkas, bergantung pada jenis pilihan cara masakan yang kami nyatakan di bawah..

Penyediaan cara 1

1 loyang kek butter yang sudah siap dimasak - dipotong dadu.
100 gram kepingan coklat masak - dicairkan 
1 pek Instant agar - agar berperisa buah.
1 cawan heavy cream - dipukul kembang
1 bekas bersaiz empat segi, seeloknya yang boleh ditutup kerana adunan akan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Penyediaan cara 2

sediakan kek butter mengikut resepi ini :
  • bahan - bahannya...
  • 250 gram butter tulen
  • 250 tepung naik sendiri
  • 180 gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 1/2 cawan susu segar full cream


Cara - caranya...
  1. Panaskan oven pada suhu 180'c.
  2. Pukul butter dan  gula sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji berselang - seli dengan tepung pada kelajuan sederhana sehingga bercampur sebati.
  3. masukkan susu segar dan teruskan memukul pada kelajuan sederhana, berhenti sekali sekala dan dengan menggunakan scraper, kikis bahagian tepi didalam mixer untuk memastikan bercampur semuanya dan tiada ketulan. 
  4. berhenti apabila adunan kelihatan kembang, masukkan kedalam loyang dan bakar pada selama 40 minit.
  5. apabila masak, sejukkan dan potong kek kepada kepingan dadu.

  •   1 bekas Ganache, boleh lihat resepi dan tutorial
  •   1 pek Instant agar - agar berperisa buah
  •   1 cawan heavy cream - dipukul kembang
  •  1 bekas bersaiz empat segi, seeloknya yang boleh ditutup    kerana adunan akan dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Tutorialnya....

sediakan bekas, dan masukkan kek yang telah dipotong dadu itu, dan tuangkan coklat cair / ganache keatasnya dan ratakan...


kek dibiarkan menyerap coklat cair / ganache sementara menyediakan agar - agar cair...
apabila agar - agar sudah mendidih di dalam kuali, tutup api dan biarkannya sejuk sedikit seketika...


tuangkan agar - -agar itu kedalam bekas berisi kek bersama coklat... tuang sehingga habis dengan memastikan kesemua bahagian kek terkena agar - agar cair itu...


sesudah penuh, ambil garfu dan tekan kek bagi memastikan bahagian atas juga akan menyerap agar - agar cair itu...


adunan akan kelihatan seperti ini dan bekas bolehlah ditutup dan diletakkan didalam peti sejuk lebih kurang sejam.


apabila ingin dihidang, pukul heavy cream sehingga kembang dan keluarkan bekas kek agar - agar dan terbalikkan diatas pinggan, letakkan whipping cream diatasnya dan boleh terus dimakan..



apabila dipotong maka inilah yang terhasil didalamnya.. butter cake yang dengan serapan coklat dan dibaluti oleh agar - agar.. ianya sangat sesuai dimakan ketika sejuk...


selamat mencuba!


Credit to : Tot Bake & Design
0 Komentar untuk "Resepi Kek Agar - Agar "

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info