RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Ikan Kembung Percik



Bahan-bahan (5-6 orang)
5-6 ekor ikan kembung
4 cawan santan
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
Sedikit kunyit hidup – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu kecil asam jawa
3 batang serai – diketuk
1 sudu kecil halba
Garam dan gula
Kunyit dan garam – untuk dilumur pada ikan
Ikan yang dipanggang

Cara-cara
  1. Panggang atau bakar ikan yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga masak.
  2. Panaskan periuk atau kuali (tanpa minyak), kemudian masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili kisar, belacan, asam jawa dan serai. Kacau sehingga sekata.
  3. Apabila mendidih, masukkan halba. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila siap, curahkan kuah percik ke atas ikan.



Related Post

  • Resepi Sup Ketam Resepi yang Cik Ruby nak kongsikan kali ini ialah Sup Ketam. Sup ketam memang sedap lebih-lebih ketam bunga sega…
  • Resepi Paprik Ayam Bahan-bahan 4 ketul daging ayam - ambil bahagian isi dan potong kecil2. 1 sudu besar bawang putih kisar* 4-5 sudu …
  • Resepi Sambal Petai Bahan-bahan (5-6 orang) 200 gm ikan bilis 4 papan petai 6 ulas bawang merah – dikisar 2 ulas bawang putih – dikis…
  • Resepi Ayam Panggang Berempah AYAM PANGGANG BEREMPAH PENYEDIAAN : 4 ORANG MASA: 25 MINIT - 30 MINIT Bahan: 1 ekor Ayam - di potong 8 3 sdm s…
  • Resepi Simple Udang Goreng Kunyit Assalamualaikum. Kali ni Cik Ruby akan kongsikan menu udang yang simple, iaitu Udang Goreng Kunyit. Walaupun mudah …
0 Komentar untuk "Resepi Ikan Kembung Percik"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info