RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Cina Islam - Ayam goreng Lada hitam



Salam bahagia semua pembaca. Cik Ruby berdoa agar anda serta keluarga dimurah rezeki dan diberkati Allah.

Salah satu resipi kejayaan anda pastikan setiap masakan dimasak dengan bersih bersama doa yang baik-baik lagi iklas, kerana masakan yang bersih boleh membersihkan hati yang keras lalu andalah yang akan menlahirkan insan yang cemerlang didunia dan akhirat. Hari ini Cik Ruby ingin berkongsi resipi masakan cina islam yang ringkas untuk anda yang diambil daripada Master Chef Sabri.


Ayam goreng Lada hitam
penyedian 8 orang
Masa: 15 minit


Bahan:
  • 800g Ayam - di potong kecil
  • 4 sudu makan Minyak Masak
  • 1 inci Halia - di potong mayang
  • 3 ulas Bawang putih - hiris nipis
  • 2 labu Bawang besar - di potong dadu
  • 1 sudu makan Lada hitam yang telah di kisar kasar
  • 2 sudu makan Sos tiram
  • 4 sdm Makan Kicap Cair
  • 1 sudu kecil Kicap Pekat
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara:
  1. Panaskan kuali masukkan minyak , bawang putih, halia, lada hitam, kemudian kacau hingga naik bau. Kemudian masukan ayam dan kacau hingga hampir masaka. setelah itu
  2. masukan bahan-bahan yang lain , kacau hingga isi ayam masak. siap untuk hidang hias dengan hirisan daun bawang.
Sekian. Selamat mencuba.
0 Komentar untuk "Resepi Cina Islam - Ayam goreng Lada hitam"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info