RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Aiskrim Homemade dengan Video Tutorial


Bahan-bahan 
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat ( ikut anda...boleh kurangkan jika terasa manis sgt )
  • Satu biji telur
  • Satu sudu kecil esen vanila..
  • Satu sudu besar ovalett (cari halal)
Cara membuatnya
  1. Campurkan semua bahan2 tersebut ke dalam mangkuk
  2. Pukul dengan mesin pemutar sehingga kembang ..macam buat kek..
  3. kalau ada yg tak suka letak esen vanila, tak pe..suka hatilah..
putar antara 15 hingga 20 minit..
  • Putar sehingga tekstur tersebut menjadi kembang, pekat, likat..spt cream berlemak yg disukai ramai, ye puan-puan....
  • Asingkan mengikut perisa yg digemari....Oleh kerana kami hendak membuat 3 perisa..maka, kami pun asingkan kepada 3 mangkuk..
  • Mangkuk pertama: campur dengan milo , putar semula...
  • Ini dia mangkuk pertama yg dicampur milo, tekstur berwarna coklat
  • Mangkuk kedua campurkan perisa durian dan putar. Tekstur jadi kuning
  • Mangkuk ketiga campurkan jem blueberry dan putar. Tekstur sedikit ungu

Berikut aiskrim yg telah siap...
berperisa milo, durian dan blueberry..
sebenarnya terpulang kepada kita nak letak perisa apa..
Seterusnya ..masukkannya ke dalam peti sejuk untuk proses pembekuan..
Esoknya dah beku..
..rasa aiskrimnya macam beli kat kedai juga....


JOM TENGOK VIDEO PEMBUATAN AISKRIM




0 Komentar untuk "Resepi Aiskrim Homemade dengan Video Tutorial"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info