RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Air Kacang Soya



Bahan

  • 1 cawan kacang soya
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
Cara-cara Membuatnya
1. Basuh dan rendamkan kacang soya semalaman.
2. Ramaskan kacang soya supaya kulitnya berpisah. Buangkan kulitnya sambil membilaskan kacang soya.
3. Mesinkan dalam blender sehingga halus.
4. Tapiskan dengan penapis kain [selalu tapis teh tarik/tapis kain putih]
5. Masukkan soya dan gula dalam periuk bersama simpulan daun pandan.
6. Masak sehingga mendideh. Jaga supaya jangan sampai melimpah keluar periuk.
7. Sejukkan dan hidangkan bersama ketulan ais. Boleh juga hidangkan soya panas.



Nota:
Air soya boleh dicampurkan sirap merah dan cincau atau cendul untuk menghasilkan soya bandung cendul soya atau soya

Related Post

  • Jus Rosselle Buatan Sendiri - Sedap Assalamualaikum… TERTARIK DENGAN INFO INI, CIK BEE C&P ARTIKEL DARI MyMekar.com UNTUK SIMPANAN CIK BEE. J…
  • Resepi Tau Fu Fah Saya lebih gemar tau fu fah berbanding jelly atau pudding. Tapi malangnya tau fu fah susah ditemukan di tempat saya…
  • Resepi Minuman Sirap Bandung Tapai Bahan-bahan 4 sudu besar susu pekat manis  200 ml air masak Beberapa ketul tapai (ubi atau nasi) beberapa ket…
  • Resepi Minuman Barli Berkhasiat Ramai yang menggemari air barli untuk diminum tidak dikira pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam. Bijirin…
  • Resepi Jus Blueberry Jika anda boleh membuat jus oren atau epal, tentu anda juga boleh buat jus blueberry. Jus blueberry cukup berkhasiat …
0 Komentar untuk "Resepi Air Kacang Soya"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info