Bahan-bahan
1) Agar-agar (1 bungkus)
2) Telur (2 biji)
3) Daun pandan - dipotong halus (2 helai)
4) Santan (2 cawan)
5) Gula (2 cawan)
6) Garam (sedikit)
Cara Membuat
- Mula-mula, masukkan agar-agar ke dalam periuk diikuti dengan 4 cawan air. Panaskan periuk dan biarkan hingga agar-agar cair.
- Sementara itu, kisar daun pandan bersama sedikit air. Setelah itu, tapis dan ambil airnya.
- Kemudian, masukkan telur ke dalam mangkuk santan kacau sebentar dan masukkan sedikit garam. Kacau lagi hingga sebati.
- Apabila agar-agar tadi cair, masukkan air daun pandan tadi, diikuti dengan gula.Kacau lagi hingga gula cair.
- Selepas itu, masukkan campuran santan dan telur tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau supaya tidak berketul.
- Kacau seketika dan masukkan adunan tadi ke dalam loyang ataupun acuan.
- Biarkan hingga sejuk dan agar-agar batik sedia untuk dihidang.
JOM TENGOK VIDEO MEMBUATNYA
0 Komentar untuk "Resepi Agar-agar Batik"