Kek Hati Parek(Hati Pari)
Bahan-bahan:loyang 9" x 9"
- 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
- 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
- 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
- 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk > resepi browning sugar)
- 1 kati / 600 g kismis hitam
- 1/2 tin susu pekat manis
- 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)
Cara-cara
***supaya kek tahan lebih lama, selepas dikukus, bolehlah dibakar sekejap dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sebelum dipotong.
- Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
- Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
- Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
- Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
- Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
- Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
- Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
***supaya kek tahan lebih lama, selepas dikukus, bolehlah dibakar sekejap dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sebelum dipotong.
2 Komentar untuk "Kek Sarawak - Kek Hati Pari"
Nak tnya sikit....guna cawan penyukat or gelas nescafe?confuse??
Terima kasih,kami nak cuba buat kek ini.