Assalamualaikum... Kali ini Cik Ruby nak kongsikan cara nak buat puding gula hangus. Mungkin ramai orang tahu nak buat benda ni, tapi ramai lagi yang tak tahu. Yang dia tahu cuma beli kat kedai je. Orang tua-tua pesan, "kalau kita bagi orang makan lauk yang kita masak, dia cuma dapat makan sekali tu aje, Tapi kalau kita ajar dia resepi nak masak lauk tu, dia boleh makan selalu setiap kali terlintas di hati"
Sebenarnya proses untuk menyediakan puding ni cukup simple, lelaki yang tak pernah masak pun boleh buat. Kalau kita beli kat kedai tak sesedap yang kita buat sedangkan harganya mahal.
Okey, pertama sekali kita sediakan 10 biji telur ayam. Basuh dulu telur tu bagi bersih sebab kita nak makan sendiri, tahap kebersihan mesti diutamakan.
Pecahkan telur dalam blender, kemudian masukkan setengah atau 1/2 tin susu pekat dan setengah tin susu cair apa-apa jenama pun tak pe. Boh lebih sikit pun tak pe jugak.
Langkah seterusnya, masukan setengah sudu kecil garam, Nak kurangkan bau hanyir telur
Kalau anda orang Kelantan, tentu nak manis sikit. So, tambahkan dua sudu gula pasir.
Nak suruh bau wangi, masukkan sedikit perasa vanilla pandan ( satu atau dua sudu besar )Kemudian blenderlah.. Kalau tak de blender, kacau dengan sudu dalam bekas pun tak pe. Janji campuran tu sebati
Macam ni rupa dia vanilla pandan. Murah je ni.
Masukkan gula pasir dua sudu besar dalam loyang, kemudian panaskan dengan api yang sederhana sambil kacau-kacau
Panaskan gula tu sampai dia hangus macam ni. Ratakan dia kemudian matikan api
Langkah seterusnya, tuang telur dan susu yang kita blend tadi ke dalam loyang ni.
Kemudian kukus dengan periuk pengukus selama lebih kurang 45 minit. Periuk tu kena tudung tau.
Bila 45 minit.. haaa. jadi..jadi..tak de cacat celanya. Kalau boleh biarkan sejuk dulu baru boleh potong. Masuk peti ais pun tak pe. lagi baik
Lagi cantik daripada yang dijual kat kedai. Biasanya yang dijual kat bazar ramadhan telur dia campur dengan kustard untuk jimatkan kos. Mutu terus jadi down. Kita nak makan sendiri tak payah campur lah. Jaga kualiti.
Sumber : Mat Din Gunung
0 Komentar untuk "Cara-cara Membuat Puding Gula Hangus"