RESEPI TERKINI CIK BEE

Cara-cara Membuat Nasi Kerabu


Assalamualaikum. Kali ini Cik Ruby akan bawakan entri cara-cara membuat nasi kerabu. Nasi kerabu adalah juadah terkenal di Kelantan dan Terengganu.  Cara-cara untuk membuat solok lada ditunjukkan sekali. Penyediaan Nasi Kerabu tidaklah susah sangat, buat sambil main-main pun boleh.

Saya akan ajar satu persatu mengikut tertib cara-cara menyediakannya bermula dengan langkah pertama:




CARA-CARA MENANAK NASI

Masukkan beberapa helai daun limau purut

Masukkan Sedikit serbuk kunyit (warna kuning) Kemudian tanak lah. Kalau nak nasi kerabu biru torquise, masukkan bunga nasi kerabu biru tu. Tapi ingat.. kalau nak buat nasi kerabu biru, JANGAN masukkan Daun Limau Purut.

Bunga Nasi Kerabu



CARA MEMBUAT TUMIS NASI KERABU


Bahan-bahannya:
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serai
  • Cili Kering
  • Asam keping


Cara-cara membuatnya;


Bahan-bahan yang diperlukan



Selain santan dan kerisik



Blender semua bahan kecuali kerisik dan santan




Seletah minyak panas masukkan asam keping



Kemudian masukkan bahan yang telah diblender tadi



Kacau dan biarkan sehingga naik baik dan berwarna keemasan. kemudian masukkan santan dan budu. 



Masakkan dengan api perlahan sehingga menjadi pekat



Nilah rupa tumis yang sudah betul-betul masak




CARA-CARA BUAT SAMBAL KELAPA



Bakar ikan dulu



Sampai jadi macam ni



Sambil-sambil tu. goreng kelapa parut. Gunakan api yang perlahan



Hingga jadi macam ni. Kena sentiasa kacau kelapa tu takut hangus. Kalau hangus nanti sambal kita jadi pahit



Bahan-bahan yang perlu ditumbuk ialah bawang merah, halia, isi ikan. tumbuk lumat




Tumbuk sampai lumat leit


Kemudian campurkan dengan kerisik. gaul sebati dah siap


CARA-CARA BUAT SOLOK LADA



Belah lada dengan hati-hati



kemudian buang bijinya




bahan-bahannya ialah lada, lada hitam, sebiji setengah bawang besar, ikan bakar tawar yang sudah diperisi dua ekor, sepotong halia, asam limau dan sebiji telur. 



Selain tu, isi kelapa yang telah digoreng dan yang tidak digoreng juga diperlukan



Tumbuk bahan-bahan tadi sekaligus sehingga lumat dan sebati kemudian asingkan



Kemudian tumbuk pula Isi kelapa yang tidak digoreng



selepas lumat isi kelapa yang tidak digoreng, masukkan pula kelapa yang digoreng



Selepas kelapa tadi ditumbuk, gaul hingga rata kemudian masukkan satu sudu kecil garam



Sedikit Ajinamoto



Pecahkan sebiji telur



Perah sedikit Asam Limau



Kacau hingga sebati. Jangan lupa gaul sekali dengan bahan yang ditumbuk tadi iaitu isi ikan, halia, bawang dan lada hitam



Sumbatlah bahan-bahan yang telah diadun tadi



sumbat kasi penuh dan cantik



masukkan ke dalam periuk dan direbus bersama sedikit santan



Gunakan api yang perlahan atau sederhana



EKSESORI-EKSESORI NASIK KERABU YANG SUDAH COMPLETE DISEDIAKAN



Daging bakar.. sedikit garam, sedikit ajinamoto, sedikit halia, sedikit kunyit, dua ulas bawang putih. Tumbuk sekaligus sapu kat daging kemudian perap sekejap sebelum dipanggang.



Solok Lada yang sudah siap



Telur Masin



Kerisik Kelapa Yang sudah siap



Ayam goreng kunyit



Tumis nasi kerabu



Daging bakar + Ayam Goreng



Budu



Nasi 




TAMBAHAN AKSESORI


Bawang Jeruk



Ikan Celup Tepung



Keropok Goreng





SET LENGKAP NASI KERABU



Sekian sahaja resepi masakan pada hari ini. Diharap menu ini membuka selera tuan-tuan dan puan-puan seisi keluarga. 

Sumber : Mat Din Gunung
4 Komentar untuk "Cara-cara Membuat Nasi Kerabu"

nak try la raya ni. Bosan dah rendang, lontong, kuah kacang. try menu pantai timur plak thn ni. hehehehe ;)

Bagus tu.. Nasi kerabu sekarang ni dah makin diminati ramai.

Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info