RESEPI TERKINI CIK BEE

Jus Rosselle Buatan Sendiri - Sedap


Assalamualaikum…
TERTARIK DENGAN INFO INI, CIK BEE C&P ARTIKEL DARI MyMekar.com

UNTUK SIMPANAN CIK BEE. JOM BACA!!


Bulan ramadhan yang lepas, semasa saya balik kampung di Perak, tiba-tiba saya terpandangkan pokok roselle yang ditanam Abah disekeliling rumah kami (dalam hati dah terdetik nak masukkan cerita si roselle dlm blog ni..hehe..ada juga ideaku !). Walaupun pada masa tu, bunga roselle tak berapa nak ada (sebab baru lepas petik), tapi ada sepokok tu masih lebat pertumbuhannya. Jadi apa lagi… saya pun terus menjalankan misi mengambil gambar dan memetik beberapa kuntum bunga-bunga
cinta roselle untuk dibuat jus. 
Sebenarnya inilah projek tanaman yang diusahakan oleh abah mekar selepas rumah kampung kami ini siap dibina sejak 4 tahun lepas. Tambahan pula dia pun dah pencen. Jadi abah ada banyak masa untuk membelai pokok-pokok ni. Boleh dikatakan sekeliling rumah Abah dipenuhi dengan tanaman pokok-pokok roselle. Bukan setakat dalam kawasan rumah, malah abah cukup rajin menanam roselle di tanah kosong milik jiran sebelah. Nasib baikla tuan tanah ni baik hati memberi izin utk tanahnya digunakan buat abah bercucuk tanam.
Kalau sesiapa datang berkunjung ke rumah abah terutama dimusim perayaan ni, tak sah kalau mereka semua tidak dijamu dengan jus rosselle buatan keluarga kami sendiri. Yang istimewanya buatan sendiri, kami tak letak sebarang ubat pengawet dan pewarna tiruan dalam jus tu. semuanya yang asli tau ! Fresh dari ladang.  Disamping dapat menghilangkan dahaga, jus roselle juga mempunyai banyak khasiat. Antaranya ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk:
* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebiha
n
Selain dari dijadikan jus untuk minum, bunga roselle juga boleh dijadikan sebagai halwa dan jem utk disapu pada roti.
lihat lah bunga roselle tu yang berkembang mekar. utk pengetahuan, roselle tergolong dalam spesis bunga raya yang boleh dimakan. nama lain roselle ialah Hibiscus sabdariffaL

Cara-Cara membuat Jus Roselle yang enak !
Baiklah, hari ni saya nak tunjukkan kepada kawan-kawan semua cara mudah untuk menghasilkan jus roselle daripada bunga roselle yang saya petik dari rumah abah tempoh hari :-
Ambil dalam 20 kuntum bunga roselle. Asingkan biji roselle dari kelopaknya.
Selepas dicuci, masukkan kelopak roselle tersebut ke dalam periuk yang berisi air. Masak selama 10-15 minit.
 kelihatan air berubah warna menjadi merah jambu. bunga roselle juga menjadi lembut serta sedikit hancur.
 tapis bunga roselle yang dah hancur dari dalam periuk. asingkan seketika.
baki bunga roselle tadi diambil dan dikisar sehingga hancur dan dicampur semula ke dalam jus tadi. Jangan lupa masukkan 1kg gula (kurangkan kalu xnak manis) dalam periuk dan masak lagi dalam 5-10 minit.
Bila dah siap, sejukkan dan isikan ke dalam botol. Dah jadi kordial roselle. simpan dalam peti supaya boleh tahan lebih lama. Bila nak minum barulah dibancuh dengan air sejuk dan ketulan ais (tak perlu letak gula lagi).
Tara…homemade jus roselle sedia untuk diminum. arhhh…rasanya masam-masam manis. Nikmatnya tak terhingga   :D

So macamana? Lepas ni sapa2 yang ada tanah kosong belakang rumah bolehlah tanam roselle ni...

Credit to : Mymekar.com


0 Komentar untuk "Jus Rosselle Buatan Sendiri - Sedap"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info